HALAMAN SANTAI

Isnin, 9 Januari 2017

PAS boleh himpun di Stadium Titiwangsa - menteri

ANTARAPOS.COM

Post Pic
  
 
KUALA LUMPUR: Baik parti pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak dibenarkan sama sekali berhimpun di Dataran Merdeka, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Sebaliknya, beliau menawarkan PAS Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur, jika parti itu berminat memberi penerangan kepada orang ramai terutamanya umat Islam yang mahu menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.
 
"Seperti mana yang kita telah putuskan segala perhimpunan tidak boleh dibenarkan di Dataran Merdeka.
 
"Tak kira di pihak kerajaan, PAS atau parti pembangkang kita tak benarkan adakan program mahupun perhimpunan di Dataran Merdeka dan itu keputusan yang telah kita ambil.
 
"Kalau dia (PAS) nak Stadium Titiwangsa kita boleh bagi," kata Tengku Adnan kepada pemberita.
 
Terdahulu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno merasmikan majlis sambutan tahun ayam sempena Tahun Baru Cina akan datang di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
 
PAS akan menganjurkan himpunan besar pada 18 Februari depan untuk memberi penerangan kepada orang ramai.
 
Mereka menyasarkan kehadiran 300,000 orang di Dataran Merdeka dalam acara lapan jam bermula 3 petang yang disokong beberapa NGO Islam itu.
 
Usul itu akan dibincangkan dalam sesi parlimen depan setelah mendapat laluan daripada kerajaan di parlimen.
 
Usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang) itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan sebatan 100 kali

Tiada ulasan: