HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Januari 2017

Pendedahan mengapa Mufti Harussani pertahan haji ditaja 1MDB

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria yang sememangnya terkenal mempertahankan kerajaan menjadi perhatian umum sekali lagi, kali ini beliau mempertahankan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga haji kepada jemaah yang ditaja oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harussani bangkit menangkis dakwaan dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengeluarkan kenyataan bersentimen politik dengan hujah agama yang seolah-olah cuba membetulkan keadaan walaupun diketahui salah laku melibatkan 1MDB.

Persoalannya, Harussani tidak pula menjawab mengenai sumber wang 1MDB yang digunakan untuk menaja jemaah haji tersebut walhal sudah berjuta-juta duit daripada syarikat dana negara itu lebuh hilang tanpa rekod.

1MDB terpalit dengan skandal melibatkan banyak negara, terbaharu apabila Mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara 18 minggu ke atas bekas pegawai bank yang mengendalikan akaun bank BSI yang ada kaitan dengan 1MDB – atas kesalahan pemalsuan dan gagal mendedahkan transaksi mencurigakan.

Yak Yew Chee sebelum ini naib presiden kanan di BSI Singapura, juga pegawai bank persendirian kepada ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang digambarkan oleh pihak berkuasa Singapura sebagai individu utama dalam siasatan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.

Sebelum ini, pihak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman pada Julai 2016 yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion (RM14.78 bilion) daripada dana awam 1MDB diseleweng, selain memohon untuk menyita sebarang aset yang dibeli menggunakan wang curi tersebut.

Bimbang dengan saman itu, Dewan Rakyat juga menghalang sebarang perbahasan tentang tuntutan saman DOJ itu.

Bagaimanapun, berbeza dengan negara luar yang bersungguh-sungguh membawa pesalah ke muka pengadilan, kerajaan Malaysia berdiam diri seribu bahasa mengatakan syarikat diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak ada membuat sebarang kesalahan dan tidak akan berdepan pendakwaan.

Ia suatu yang menghairankan apabila kerajaan dan menteri kabinet menutup mereka seolah-olah merelakan duit rakyat itu hilang begitu sahaja, ini termasuk menteri agama dan mufti.

Lebih memeningkan apabila Harussani bertindak seolah-olah penasihat agama dan mufti kepada 1MDB, mempertahankan perkara yang terang-terang mencurigakan.

Untuk mengetahui tentang Harussani, TMM membekalkan beberapa maklumat mengenai siapa beliau sebenarnya :

Tiada ulasan: