HALAMAN SANTAI

Khamis, 5 Januari 2017

Rafizi: Felda berhutang nak bayar bonus peneroka

 


Felda membuat pinjaman dalam usaha untuk membiayai bonus sejumlah RM66.7 juta yang dijanjikan kepada para peneroka, demikian dakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, Felda dan anak-anak syarikatnya mencatatkan kerugian operasi RM1.4 bilion pada tahun 2014 dan mungkin mengalami nasib yang sama pada tahun 2015 dan 2016.

"Felda tidak mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar bonus ini," ujar Rafizi pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 30 Disember yang lalu, Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad mengumumkan pembayaran bonus antara RM300 hingga RM800 setiap seorang kepada 95,683 peneroka.

Malaysiakini berusaha untuk mendapatkan maklum balas Isa berhubung dakwaan terbaru Rafizi itu.

Tiada ulasan: