HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Januari 2017

Skim pembiayaan akhir PR1MA bakal jerut rakyat

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ammar Atan Ammar Atan Tindakan kerajaan memperkenalkan skim pembiayaan akhir (end-financing) bagi pembelian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan memberi risiko dan meletakkan masa depan rakyat pada hujung tanduk.

Exco Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan berkata, pihaknya khuatir apabila skim ini diperkenalkan apabila memikirkan kesan negatif yang bakal dihadapi oleh rakyat.

"Kerajaan terlalu fokus kepada meningkatkan pemilikan rumah bukannya ‘pemilikan berhemah'.

"Ini kerana sekiranya pembelian rumah ini diikat dengan wang simpanan KWSP, ia bakal menjejaskan rakyat sewaktu persaraan kelak sekiranya ketidakmampuan mereka untuk membayar.

"Realitinya, rakyat sudah terbeban dengan beban perbelanjaan seharian yang sentiasa meningkat dan tanggungan hutang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, skim yang diperkenalkan kerajaan ini akan mewujudkan tiga implikasi ekonomi kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia akan mengakibatkan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat terkunci secara terus, mewujudkan ‘sub-prime’ loan dan mengakibatkan tanggungan bebanan hutang yang tinggi bagi rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, isu utama dalam industri perumahan negara yang perlu diselesaikan adalah dengan menawarkan lebih banyak rumah yang benar-benar mampu milik setara dengan 50 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan RM4,585 ke bawah.

Gaji yang tidak berkembang dan peningkatan kos sara hidup serta kos-kos perbelanjaan lain menyebabkan rakyat terus tersepit dengan keadaan seperti ini.

"Justeru, Pemuda Amanah Nasional menggesa kerajaan untuk menghentikan skim pembiayaan akhir yang akan menjerut rakyat kelak dan menfokuskan kepada isu utama dalam hal pemilikan perumahan rakyat," katanya.

Tiada ulasan: