HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

SPRM giat pantau penjawat awam tayang kemewahan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini giat memantau penjawat awam dan isteri yang gemar menunjuk-nunjuk barangan mewah yang dimiliki, selain percutian keluarga bertaraf lima bintang di laman media sosial terutama Facebook dan Instagram.
 
Selain itu, aktiviti bermain golf di luar negara melibatkan penjawat awam berjawatan tinggi, serta kegiatan pegawai kerajaan peringkat pertengahan dan rendah juga dipantau rapi kerana ada kes di mana gaya hidup mereka tidak seiring dengan pendapatan bulan.
 
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya memantau laman sosial penjawat awam yang gemar menunjuk-nunjuk gaya hidup mewah mereka.
 
"Kami bergantung kepada maklumat awam dan bukti yang dikumpul pegawai risikan bagi menyiasat kegiatan yang dikesan," katanya sambil menambah ia tugasan mencabar kerana melibatkan 1.6 juta penjawat awam.
 
Memetik laporan The Star, terdapat kes di Sabah di mana sekumpulan penjawat awam yang bercuti ke London dan menunjuk-nunjuk aktiviti sepanjang tempoh percutian itu di Facebook hingga ia menjadi bualan ramai.
 
Katanya, tidak salah bagi penjawat awam dan ahli keluarga untuk memiliki beg tangan dan jam tangan mewah.
 
"Tetapi memiliki lebih daripada satu beg tangan mewah jenama Hermes, Chanel or Louis Vuitto boleh menimbulkan keraguan dan rasa syak mengenai dari mana datangnya sumber kewangan itu.
 
"Jika penjawat awam atau ahli keluarga mereka memiliki banyak beg tangan mewah dan menunjuk-nunjuk pula, kami mahu tahu dari mana mereka dapatkan wang untuk membeli barangan mewah itu," katanya.
 
Azam diminta mengulas siasatan terkini berkaitan dakwaan rasuah melibatkan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian apabila sejumlah barangan mewah termasuk 150 beg tangan dan jam dirampas dan disita dalam operasi di sebuah rumah di Subang Jaya pada Rabu.
 
Oktober lalu, sejumlah barang kemas mencecah RM3.64 juta dan beg tangan berjenama bernilai RM500,000 dirampas daripada dua pegawai kanan Jabatan Air Sabah.
 
Kata Azam, pihaknya juga akan bekerjsama rapat dengan pihak berkuasa lain seperti Jabatan Imigresen bagi memeriksa kekerapan perjalanan penjawat awam terlibat ke luar negara bersama ahli keluarga dan tujuan berbuat demikian.
 
"Inilah antara petunjuk yang digunakan sebagai sebahagian langkah siasatan terhadap penjawat awam yang menjalani kehidupan melebihi keupayaan mereka," katanya.
 
Pada Selasa, Azam menerusi radio online suruhanjaya itu, MACCfm. berkata, penjawat awam yang menaiki pesawat menggunakan kelas bisnes ke luar negara untuk bermain golf dan diiringi teman wanita serta perempuan simpanan turut disiasat terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah

Tiada ulasan: