HALAMAN SANTAI

Rabu, 11 Januari 2017

SPRM serbu pejabat Ketua Menteri Melaka, rampas dokumen

Isma Web ·


 


MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan mengejut di Pejabat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, semalam.

Menurut laporan New Straits Times hari ini, dalam serbuan itu diadakan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang sedang berlangsung, beberapa dokumen, turut dirampas.

Mereka membawa balik beberapa kotak dokumen, dipercayai mempunyai kaitan dengan pejabat ketua menteri.

Difahamkan, siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang pegawai kerajaan pada 28 November lalu atas dakwaan rasuah.

Suruhanjaya itu turut membekukan akaun bank pegawai berkenaan yang mengandungi berjuta-juta ringgit.
Lewat malam tadi, Idris ketika ditemui NST berkata:

“SPRM datang berjumpa dengan saya bagi menetapkan tarikh untuk melengkapkan penyiasatan ke atas penangkapan (pegawai di Melaka). Saya akan memberitahu anda bila sampai waktunya nanti.”

Tiada ulasan: