HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Januari 2017

SPRM tegur penjawat awam main golf selepas risikan

MALAYSIA DATELINE
 
 
SPRMSPRM


Bukan isu bermain golf tetapi aktiviti itu jika dilakukan sehingga melibatkan satu pejabat akan menjejaskan imej penjawat awam, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Lebih-lebih lagi jika bermain golf bersama kontraktor dan pembekal, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas krtitikan sesetengah pihak mengenai cadangan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

Azam berkata, teguran itu bukan 'syok sendiri' sebaliknya beliau mendapat maklumat yang konkrit mengenai senario itu.

"Kadang-kadang dibawanya satu pejabat pergi main golf di luar negara...kita beri cadangan ini berdasarkan risikan, baru kita berani buat teguran," ujarnya dalam wawancara khas bersamanya menerusi MACC.Fm pagi tadi, seperti dipetik Sinar Harian.

Justeru beliau menyeru perkara ini dihentikan serta-merta.

"Pada kami (SPRM) perkara ini perlu dihentikan, ia akan menjejaskan imej," katanya lagi.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mengingatkan penjawat awam di negara ini supaya berhenti bermain golf di luar negara.

“Saya ingin menasihatkan golongan penjawat awam ini agar menghentikan serta merta aktiviti mereka dan tidak perlulah mereka keluar negara untuk bermain golf khususnya di Indonesia dan Thailand.

“Di Malaysia sudah terdapat begitu banyak padang golf yang serba indah dan lengkap dengan prasarananya. Adalah lebih baik bagi mereka memakmurkan sahaja padang golf tempatan sambil membantu menjana hasil pendapatan pengusaha padang golf di negara ini.

“They are not professionals golfers dan tidak ada keperluan untuk mereka ke luar negara semata-mata untuk bermain golf,” kata beliau dalam wawancara baru-baru ini.

Tiada ulasan: