HALAMAN SANTAI

Jumaat, 6 Januari 2017

Suami isteri rentung, lori dinaiki terbabas dan terbakar

ANTARAPOS.COM


Post Pic


SEREMBAN: Pasangan suami isteri rentung selepas lori yang dinaiki terbabas di bahu jalan dan terbakar di Kilometer 8.8 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, pemandu lori yang dikenali sebagai Molok Zainal Abidin, 51, bersama isterinya, Rosana Bahtiar, 21, tersepit akibat dihempap muatan cerucuk konkrit.

"Mereka tersepit akibat muatan cerucuk konkrit menggelongsor ke tempat duduk dan menyebabkan mereka terperangkap dan lori itu kemudian terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih tiba di tempat kejadian pada pukul 2 petang.

Beliau berkata Molok berjaya dikeluarkan pada pukul 4 petang manakala isterinya, 40 minit kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.


Tiada ulasan: