HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 Januari 2017

TangkapMO1, BERSIH5: Pelajar UiTM dapat 'surat cinta'

 

Seorang pelajar diploma seni bina diploma dari kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar telah diminta menghadiri pendengaran siasatan disiplin kerana didakwa terlibat dalam jelajah "TangkapMO1" dan perhimpunan BERSIH 5.

Pelajar tersebut, Ahmad Arifin Shakimin, memuat naik salinan surat rasmi bertarikh 3 Januari itu di akaun Facebooknya dengan mesej "surat cinta di awal 2017".

Ketika dihubungi, Ahmad Arifin berkata pendengaran kes itu akan diadakan pada 17 Januari dan dia berdepan dengan dua pertuduhan di bawah Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

"Adalah pelik kerana saya tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum surat ini memanggil saya untuk pendengaran disiplin.

Tetapi, tambahnya, perkara-perkara pelik itu seolah-olah menjadi satu amalan biasa oleh pentadbiran UiTM.
Ahmad Arifin juga mengesahkan bahawa dia akan menghadiri pendengaran itu.

Katanya, pertuduhan pertama berhubung kehadirannya semasa jelajah "TangkapMO1" di luar kampus UiTM Seri Iskandar, Perak pada 20 Ogos tahun lepas.

Jelajah itu, yang diadakan menjelang perhimpunan 'TangkapMO1' pada 27 Ogos di Kuala Lumpur, telah dianggap sebagai perhimpunan haram oleh pentadbiran UiTM, katanya.

Pertuduhan kedua adalah berhubung penyertaannya dalam perhimpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada 19 November tahun lepas.

"Jika didapati bersalah, saya boleh dikenakan denda, digantung pengajian atau dipecat," kata Ahmad Arifin, yang menambah bahawa dia bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, tindakan terhadapnya dan aktivis pelajar dari universiti awam lain adalah bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara, berhimpun dan bersuara.

Pelajar Universiti Malaya Anis Syafiqah Md Yusof dan dua aktivis pelajar yang lain telah digantung pengajian selama satu semester kerana terlibat dalam perhimpunan "TangkapMO1".

Dua yang lain ialah Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, manakala seorang lagi aktivis pelajar, Suhail Wan Azhar, didenda RM400.

Semua keempat mereka memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Disember, memohon perintah bahawa tindakan disiplin institusi pengajian tinggi itu terhadap mereka adalah tidak sah.

Tiada ulasan: