HALAMAN SANTAI

Sabtu, 14 Januari 2017

Tiada sikap pilih kasih anjur himpunan di Dataran Merdeka

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tetap menegaskan untuk tidak membenarkan Himpunan 355 anjuran PAS diadakan di Dataran Merdeka.
 
Sebaliknya Tengku Adnan sekali lagi mencadangkan supaya PAS mengadakannya himpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
 
“Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya,” katanya kepada pemberita hari ini.
 
Beliau berkata, kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka.
 
DBKL sebelum ini melarang PAS menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka

Tiada ulasan: