HALAMAN SANTAI

Khamis, 12 Januari 2017

Umno kata BN S'wak menang lagi jika ikut gaya Adenan

Geraldine Tong

 

BN boleh menang di Sarawak sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang jika pengganti kepada arwah Tan Sri Adenan Satem meneruskan gaya kepimpinan beliau, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Sudah tentu (kami menang lagi) jika beliau (pengganti Adenan) terus ikuti gaya Adenan yang semua tahu semua rakyat Sarawak suka gaya beliau (Adenan)," kata Nazri.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran Cafe Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Adenan meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.

Pemimpin popular Sarawak itu telah mengepalai BN dengan kejayaan memenangi 72 kerusi dewan undangan negeri bumi kenyalang itu dalam pilihan raya negeri Sarawak pada April yang lalu.

Dengan menerajui BN buat kali pertama dalam pilihan raya negeri, Adenan meminta pengundi agar memberi beliau lima tahun lagi dalam merealisasikan wawasannya untuk negeri ini.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kemenangan BN pada pilihan raya Sarawak itu adalah kerana Adenan.

Tiada ulasan: