HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Januari 2017

Wanita bertudung jual nasi babi

 
Wanita Islam itu bekerja di gerai itu kerana terdesak selepas sukar mendapat kerja di tempat lain selain terpaksa menjaga keluarganya.


nasi-babi


PETALING JAYA: Gambar seorang wanita bertudung tetapi berniaga makanan nasi daging babi membawa pelbagai respon dalam kalangan penduduk tempatan di Jakarta Barat.

Gambar yang diviralkan secara meluas oleh seorang pengguna Facebook Hanny Kristianto itu juga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang turut mengklasifikasikan ia sebagai gambar palsu.

Namun, menurut Hanny Kristianto wanita itu sememangnya berniaga pasar raya Lippo Puri di Jakarta Barat dan merupakan seorang Islam.

“Dia bekerja di kedai makan milik peniaga bernama Oey Cecilia dan Tommy. Dia hanya bekerja di sana kerana terdesak selepas sukar mendapat kerja di tempat lain dan terpaksa menjaga keluarganya,” katanya yang meminta orang ramai supaya tidak mencemuh tindakan wanita itu.

Gerai tersebut dibuka pada setiap hari dan sering dikunjungi oleh jemaah dua gereja di Mal Lippo Puri yang berlokasi berdekatan pasar raya gerai itu ditempatkan.

“Sudah jelas tertulis makanan di gerai itu mengandungi babi dan bukan untuk pelanggan Muslim,” tambahnya lagi, lapor akhbar tempatan Indonesia.

Dalam perkembangan terbaru, pemilik restoran berkenaan memaklumkan bahawa perkhidmatan wanita berhijab itu telah ditamatkan pada 20 Mei lepas, atas saranan kawan-kawan beragama Islam mereka.

Menurut pemiliknya melalui satu kenyataan, wanita itu tidak mengendalikan daging babi secara langsung sepanjang bekerja dengan mereka.

“Pada saat melakukan pekerjaannya beliau tidak mengambil daging babi walau menggunakan capitan dan tidak memakan daging babi.

“Pada saat pengambilan daging babi tersebut dilakukan oleh saya, istri atau mertua. Cucian perlengkapan makan dan masak kotor bekas pakai yang mengandung babi juga kami cuci sendiri dirumah.”

Menurut kenyataan itu lagi, wanita itu bekerja disitu atas kemahuan sendiri.

“Kami tidak bermaksud mencari sensasi, menghina dan memecah agama. Dengan pikiran yang tidak membedakan keyakinan, ras, dan tingkat sosial satu sama lain sungguh membuat kami tidak terpikirkan semua hal ini akan terjadi.”

Tiada ulasan: