HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Februari 2017

6000 penunggang motosikal Dego Ride digesa hentikan operasi

 Berita Daily Staff
 
 
Ia selaras dengan gesaaan Kementerian Pengangkutan sehingga perbincangan mengenai perkhidmatan teksi motosikal itu dimuktamadkan

KUALA LUMPUR: Dego Ride menggesa 6000 penunggang motosikalnya menghentikan operasi susulan daripada arahan yang dikeluarkan daripada Kementerian Pengangkutan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Nabil Feisak Bamadhaj berkata, arahan tersebut berkuat kuasa serta merta sehingga isu perkhidmatan perkongsian pengangkutan jenis motosikal selesai.

“Kita arahkan semua penunggang menghentikan operasi serta-merta kerana kita tidak mahu mereka melanggar undang-undang.

“Kita juga mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa supaya isu ini dapat ditangani secara baik,” katanya dipetik sebagai berkata.

Nabil walaubagaimanapun menambah, pihaknya akan terus berusaha bagi memastikan pihak berkuasa mengizinkan Dego Ride beroperasi agar dapat membuka peluang pekerjaan kepada golongan berpendapatan rendah dalam masa yang sama menawarkan pilihan pengangkutan awam yang murah.

“Oleh itu, kita akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengangkutan dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) secepat mungkin untuk menyelesaikan isu berbangkit,” jelasnya.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai memberi amaran kepada Dego Ride agar tidak mencabar undang-undang denngan beroperasi secara tanpa lesen.

Kata Liow, menurut Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987,

Kata Liow, motosikal tidak boleh dijadikan sebagai kenderaan komersial selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 Seksyen 23.

Manakala Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 pula melarang kenderaan komersial beroperasi tanpa permit.

Tiada ulasan: