HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Februari 2017

Anwar-Mahathir bincang soal kerjasama selamatkan krisis ekonomi negara

Oleh Fiza Abd Halim

KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim mahu semua parti Pembangkang duduk berbincang dan bekerjasama bagi menyelamatkan negara daripada krisis ekonomi yang meruncing serta mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.

yus_1053

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung intipati pertemuannya selama 45 minit bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Pertama soal mahkamah, kedua soal kerjasama tentang pilihan raya, begitu juga (perkara sama juga dibincangkan) dengan (Presiden Bersatu) (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

“Saya minta Bersatu bersama Pakatan Harapan berbincang, begitu juga berbincang dengan PAS dan NGO lain,” kata Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kehadiran Anwar di mahkamah hari ini bagi isu permohonan sentuhan fizikal antara beliau dengan ahli keluarganya ketika berjumpa di penjara.

Terdahulu, Mahathir pada pertemuan kali kedua dengan Anwar minggu lalu menyatakan mereka komited untuk mengukuhkan Pembangkang.

Sementara itu, mahkamah menetapkan keputusan sama ada Anwar dibenar bersentuhan dengan keluarganya pada 7 Mac ini.

Tiada ulasan: