HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Februari 2017

Azmin mungkin 'mamai', kata Noh



Kewujudan dakwaan mengenai menteri kanan dalam kerajaan akan meletakkan jawatan mungkin disebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sedang 'mamai', kata Tan Sri Noh Omar.

Malah, pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu turut secara sinis mengatakan Azmin mungkin tersalah jumpa orang sehingga menyangka terdapat menteri kanan akan meletakkan jawatan.

"Saya rasa Azmin bukan jumpa menteri kanan tapi dia sebenarnya jumpa ahli Parlimen dan ADUN DAP di Melaka.

"Mungkin kerana menggelabah, dia rasa akan mencemarkan nama rakan kongsi dia-DAP, jadi dia salah cakap.

"Saya rasa Azmin dah mamai. Bila mamai, dia salah tweet," kata Noh pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Badan Perhubungan Umno Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Azmin berteka-teki dengan mendakwa ada menteri kanan melepaskan jawatannya kerana tidak mahu bersubahat dengan isu 1MDB di Twitternya.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menganggap anggota parlimen Ampang itu berbohong.

Najib juga memberitahu, beliau tidak dimaklumkan oleh mana-mana menteri untuk meletakkan jawatan.


Tiada ulasan: