HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Februari 2017

Benarkah BNM rugi USD10 bilion ketika Tun Mahathir jadi PM, rakyat mahu tahu

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Kabinet Malaysia menubuhkan sebuah pasukan untuk menyiasat perhal dakwaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar tahun 1990-an adalah perlu.
 
Itu penegasan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam selepas beliau melihat ia adalah keperluan buat masa ini.
 
Ujarnya rakyat ingin tahu sementara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga perlu membersihkan namanya, ekoran dakwaan itu berlaku pada zaman pemerintahannya.
 
"Betul ke tuduhan itu. Kalau tak betul, baguslah sebab dia boleh bersihkan nama dia. Kalau betul, maka beliau pun ada kelemahanlah. Setiap pentadbiran ada karakternya.   
 
"Kalau dulu pakai fail. Semuanya tertutup. Kalau ada yang terkeluar (bocor maklumat) pun kita tak percaya," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
 
Dakwaan Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian lebih USD10 bilion (RM44 bilion) di dedahkan bekas Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Murah Khalid, awal Januari lalu.
 
BNM pada ketika itu diketuai Tan Sri Jaafar Hussein melaporkan kerugian sebanyak RM9 bilion sementara Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir menjelaskan kerugian Bank Negara hanya RM5.7 bilion.
 
Apa yang menghairan kan banyak pihak adalah tiada siastan secara mendalam dilakukan kerajaan pimpinan Dr Mahathir ketika itu.
 
Justeru Ramlah berkata, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu perlu disiasat sepertimana beliau berkeras mahu perkara yang sama dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersabit isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
"Bagi saya ini politik. Kalau pemerintahan lepas senang-senang tuduh Kabinet dan pemimpin sekarang tak betul, mereka pun ada cara bagaimana nak lihat pentadbiran yang dulu tu betul.  
 
"Bagi saya, kalau kita bercakap soal ketelusan, keberkesanan, kemampatan pemerintaha dia, maka dia kena bersedia untuk pentadbiran dia disemak. Kita pun tak boleh biarkan. Orang ramai pun nak tahu apa yang berlaku," ujar Ramlah.
 
Kabinet sebelum ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
 
Pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu-individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu.
 
"Kabinet sekarang bukan macam kabinet zaman Tun Mahathir. Jadi anggota Kabinet sekrang mahu juga bersihkan nama merekakan? 
 
"Macam pemerintahan sekarang pun dah banyak kali jawab. Mungkin mereka dah penat agaknya. Dan itu cara terakhir untuk memeriksa pemerintahan Tun Mahathir," kata Ramlah.
 
Kabinet bertegas, siasatan itu membuktikan komitmen dan ketelusan kerajaan bagi memastikan urusan BNM pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan.
 
Menurut Pejabat Perdana Menteri, kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.      
 
"Kalau bercakap soal ketelusan, kalau ada orang kata Datuk (Sri) Najib tak telus dan menyelahkan dia dalam banyak hal. Yang membangkitkannya bekas Perdana Menterikan? 
 
"Maka saya rasa ini satu cara untuk melihat sejauhmana ketelusan atau  kebagusan pentadbiran Tun Mahathir dulukan masa dia jadi Perdana Menteri?," soal Ramlah.

Tiada ulasan: