Oleh Haizal Yatiran

SHAH ALAM: Tindakan empat pemimpin DAP Melaka keluar daripada parti itu
hari ini, membuktikan bahawa mereka kini sedang 'membuka mata' dan
sedar bahawa tujuan dan matlamat asal perjuangan parti mula terpesong.
Malah bekas pemimpin parti itu Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,
ini merupakan satu permulaan kepada gerakan lebih besar dalam parti
tersebut, yang bakal diikuti lebih ramai ahli dan pemimpin lagi.
“Ini permulaan, nanti banyak lagi akan keluar(parti).
"Ini kerana ahli-ahli DAP sudah buka mata. Dah buka mata dan mereka
tengok cara DAP ini yang tak betul, cakap tak serupa bikin.
Tegas bekas naib presiden parti itu lagi, tindakan itu berkait rapat
dengan kerjasama DAP dan bekas musuh utama parti itu Tun Dr Mahathir
Mohamad yang memimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
“Yang mereka tidak faham kali ini apabila DAP yang dulunya tak boleh
terima apa yang Mahathir buat, tapi sekarang sudah bekerjasama.
Katanya lagi, turut menjadi punca kepada pengunduran tersebut adalah
cara ‘kuku besi’ yang diamalkan oleh ‘Dinasti Lim’ di dalam parti yang
menjadi kegusaran kepada ahli-ahli serta pemimpin yang lain.
"Orang dah nampak, dalam DAP ini yang paling penting adalah dinasti
Lim. Lim Bapa dan Lim Anak. Semuanya untuk itu saja. Lepas tu pula
Karpal Sing dan anak-anaknya yang jadi pemimpin dalam DAP
Terdahulu, empat wakil rakyat DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka
Sim Tong Him, hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu.
Selain Tong Him, turut 'angkat kaki' ialah ADUN Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang) and Chin Choong Seong (Kesidang).
Pada sidang akhbar sebentar tadi, Tong Him berkata beliau bersama
rakan-rakannya mengambil tindakan keluar DAP kerana perjuangan parti itu
semakin daripada landasan asal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan