HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Februari 2017

Kritik parti, Pas akan ambil tindakan ke atas Mahfuz – Hadi

Muhamad Izwan Mohd Zubit
Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Pas menimbang untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana berterusan mengkritik pimpinan dan pendirian parti Islam tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan sudah ada laporan dibuat terhadap Mahfuz kepada jawatankuasa disiplin parti dan tindakan susulan bakal diambil dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan telah ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya dipetik berkata di Marang.

Abdul Hadi turut menasihati pemimpin dan anggota Pas yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar-dasar Pas agar keluar parti.
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
Mahfuz yang didakwa berkata Pas tidak perlu menunggu muktamar parti itu April ini untuk menentukan kerjasama dengan PKR kerana Pas sudah mengetahui PKR mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan Pas menarik diri daripada kerajaan Selangor yang turut dianggotai PKR dan DAP bagi membuktikan ketegasan prinsip parti Islam itu.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga menggesa supaya Mahfuz seharusnya keluar parti memandangkan apa yang dikritiknya sebelum ini langsung tidak diambil peduli oleh parti.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam Pas tapi serang Pas. Kritik Pas, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam Pas,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: