
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai memberi
jaminan bahawa lapangan terbang di Malaysia adalah selamat susulan
insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim
Jong-un di Lapangan Terbang Antabangsa 2 (KLIA) pada Isnin.
"Kes itu tidak ada kaitan dengan tahap keselamatan lapangan terbang
negara. Kita memiliki sistem kamera keselamatan yang sangat baik.
"Lapangan terbang negara kita adalah selamat," kata Tiong Lai pada Rabu.
Beliau enggan mengulas lanjut tentang kes tersebut memandangkan pihak
polis masih melaksanakan siasatan tetapi berkata, pihak pengurusan KLIA,
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi kerjasama penuh.
"Kes itu masih dalam siasatan polis dan saya akan membiarkan mereka
melaksanakan tugas tersebut serta tidak mahu mengulas lanjut
mengenainya.
"Saya telah mengarahkan MAHB untuk bekerjasama dengan polis terutamanya
dalam memberikan rakaman kamera keselamatan dan sebarang maklumat yang
diperlukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan