HALAMAN SANTAI

Ahad, 12 Februari 2017

Shahrir persoal mana RM4.3 bilion hasil FGV

MALAYSIAKINI


Pengerusi Felda yang baru dilantik Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempersoalkan ke mana baki RM4.3 bilion hasil penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dibelanjakan.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi?," katanya, lapor Sinar harian.

Shahrir berkata kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di Johor Bahru semalam.

Shahrir berkata perkara itu mengecewakan peneroka Felda yang begitu menyanjungi peranan agensi itu.

Katanya, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan untuk pelbagai program dan ada yang dibuat tanpa kelulusan.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis.
Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya

Tiada ulasan: