HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Februari 2017

Pemuda PAS gesa polis siasat tuduhan Husam

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang dibuat oleh bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa berhubung dana RM90 juta yang diterima oleh parti itu.
 
Menurut Ketua Pemudanya Khairil Nizam Khirudin, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi itu sebagai gesaan agar menyiasat Husam di bawah Kanun Keseksaan 499, berikutan fitnah yang dibuat berniat menjatuhkan imej PAS.
 
“Kami minta supaya Husam jangan bacul, atau pelawak dengan tidak berani menyatakan nama penerima.
 
“Laporan polis tadi supaya kita minta polis buat siasatan di bawah Kanun Keseksaan 499.
 
Sehubungan itu, laporan polis yang sama juga akan dibuat diseluruh negara, yang dimulai dengan Pemuda PAS Kelantan pagi tadi dan diikuti Pemuda PAS Wilayah persekutuan Kuala Lumpur.
 
“InsyaAllah, kita mulai dengan Pemuda Kelantan sebagai tuan rumah pagi tadi, bersama pemuda Pasir Mas telah membuat laporan pagi tadi," katanya.
 
Terdahulu, Husam mendakwa bahawa PAS mempunyai dana bernilai RM90 juta yang disalurkan melalui akaun di Affin Bank. 
 
Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
 
Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.
 
Husam membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
 
 

Tiada ulasan: