HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Februari 2017

PR1MA perkenal Skim Pembiayaan Fleksibel

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini memperkenalkan Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) bagi membantu mereka yang sukar mendapat pembiayaan perumahan.
 
SPEF membolehkan pemohon yang membuat pembelian rumah kali pertama mendapat pembiayaan sesuai dengan pendapatan mereka.
 
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata skim itu membolehkan pembeli yang layak membayar ansuran bulanan pinjaman rumah pada kadar yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.
 
Skim ini khas untuk pembeli kediaman PR1MA dan ia memudahkan pembeli rumah pertama kerana ia meningkatkan peluang mereka mendapatkan pinjaman serta memberikan akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi berbanding pinjaman konvensional.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengumumkan skim itu hari ini.
 
Skim itu adalah susulan pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri mengenai pembiayaan baru PR1MA untuk membolehkan lebih ramai dapat peluang memiliki kediaman.
 
Skim pembiayaan itu dilaksanakan PR1MA dengan kerjasama Bank Negara, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.
 
 

Tiada ulasan: