HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Februari 2017

Samun kerana mahu jadi ahli kongsi gelap

ASTRO AWANI

Samun kerana mahu jadi ahli kongsi gelap
 

IPOH: Terdesak mahu memenuhi syarat menjadi ahli sebuah kongsi gelap, empat pemuda bertindak nekad menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bercham, Ipoh pada Selasa lalu.

Ketua Polis Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, tindakan empat lelaki berumur 16 sehingga 26 tahun itu bagaimanapun membawa padah apabila diberkas kurang 14 jam selepas menyamun.

Menurut beliau, dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, dua daripada lelaki terbabit yang bersenjatakan parang telah memasuki kedai berkenaan dan mengambil wang tunai serta beberapa kotak rokok yang kesemuanya bernilai RM446.


Tiada ulasan: