HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 Februari 2017

Tabung wakaf Johor sukarela, bukan paksaan

Berita Daily Staff

Tabung wakaf berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Johor untuk memperkasakan institusi waqaf sebagai salah satu instrumen kebajikan dan pembangunan rakyat dan negeri

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor menjelaskan penyertaan penjawat awam ke dalam tabung waqaf negeri itu adalah secara sukarela dan bukannya paksaan.

Setiausaha Kerajaan negeri Johor Azmi Rohani berkata, tabung wakaf berkenaan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Johor untuk memperkasakan institusi waqaf sebagai salah satu instrumen kebajikan dan pembangunan rakyat dan negeri.

“Saya ingin menegaskan bahawa penyertaan oleh para pejawat awam adalah secara sukarela.

“Tiada paksaan dikenakan ke atas mana-mana kakitangan kerajaan di Johor bagi menyertai skim tabungan tersebut,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi berkata pekeliling yang diedarkan kepada para pejawat awam jelas membuktikan bahawa penyertaan adalah secara sukarela.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Johor mengedarkan pekeliling meminta penjawat awam negeri itu menyumbang setiap bulan untuk tabung wakaf.

Pemotongan itu juga merangkumi mereka yang bukan beragama Islam.

Tiada ulasan: