HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

Ada ‘tangan ghaib’ disebalik fitnah saya rasuah RM2.7 juta -Annuar

MALAYSIA GAZETTE
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa ada ‘tangan ghaib’ menjadi dalang memfitnahnya dalam dakwaan rasuah RM2.7 juta.

Walaupun laporan itu kemudiannya ditarik balik namun imej dan kesan ia ditular memberi imej buruk kepadanya.

Annuar berkata, beliau terkejut bila didakwa menyeleweng dana bagi perisian komputer Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Masya Allah, dalam kita sedang beribadat kepada Allah di Tanah Suci Mekah datang lagi ujian fitnah yang dashyat bertubi-tubi,” ujarnya dalam entri terbaharunya di media sosial hari ini.

Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO Pusat memberitahu, beliau sendiri menghubungi SKMM berhubung dakwaan itu namun suruhanjaya itu menafikannya.

“Jadi dari mana datangnya asas dakwaan penyelewengan ini dengan tuduhan sewenang-wenangnya.Apa motif di sebalik tuduhan ini? Siapa dibelakangnya dan untuk apa?,” soal Ahli Parlimen Ketereh itu yang kini menunaikan ibadat umrah.

Lebih memeranjatkan, katanya, apabila pihaknya menghubungi syarikay-syarikat yang didakwa dalam laporan itu juga menafikan pengadu ada kaitan dengan mereka.

“Ternyata ini satu fitnah yang sengaja dirancang dan sangat serius. Cukuplah saya membiarkan ‘pihak tertentu’ bebas dengan tindakan mereka.

“Apakah undang-undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan tuduhan atau aduan diviralkan sehingga pihak tidak bersalah menjadi mangsa menghadapi fitnah demi fitnah,” ujarnya.

Semalam seorang individu yang dikatakan didalangi seorang tokoh politik muda membuat laporan polis mendakwa Annuar terlibat dengan rasuah namun menariknya balik beberapa jam selepas itu.

Annuar juga membayangkan akan mengambil tindakan undang-undang dalam insiden yang memalukannya itu kelak. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: