HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

Akibat tekanan, guru cuba bunuh diri di sekolah

Berita Daily Staff

Cuba terjun dari tingkat empat bangunan sebuah sekolah di Putrajaya pada pukul 10.20 pagi semalam

KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki cuba terjun dari tingkat empat bangunan sebuah sekolah di Putrajaya pada pukul 10.20 pagi semalam.

Guru berusia 32 tahun itu dipercayai mengalami tekanan dan masalah kesihatan.

Tindakannya itu bagaimanapun disedari seorang guru wanita lain.

“Bagaimanapun dia berjaya diselamatkan selepas dipujuk seorang guru lain semasa anggota tiba di lokasi,” kata seorang jurucakap bomba, memetik laporan Sinar Online.

Polis polis berkata guru itu, yang sudah berkahwin namun belum mempunyai anak, diselamatkan selepas hampir 30 minit dipujuk.

Lelaki itu kemudian dihantar ke hospital Putrajaya.

Beliau akan disiasat bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Tiada ulasan: