HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Mac 2017

Aksi YDPA 'minum air' cuit hati Parlimen

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Aksi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, minum air ketika membaca teks ucapan perasmian pembukaan sesi Parlimen semalam, mencuit hati nitizen.
 
"Kejap… minum air kejap," titah Yang di-Pertuan Agong sambil tersenyum dan membuka botol air berkenaan dan terus minum dari botol tersebut.
 
Aksi spontan Sultan Kelantan itu membuatkan ahli Parlimen yang hadir ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 itu tersenyum dan tercengang seketika.
 
Ahli Parlimen dilihat tersenyum dan memandang sesama sendiri ketika kedengaran bunyi ‘aaaah…’ yang menunjukkan Sultan Muhammad V selesai membasahkan tekak.
 
Seri Paduka Baginda ketika itu sedang bertitah mengingatkan rakyat agar menjaga kesihatan dan kepentingan pemakanan seimbang menghentikan sementara titah baginda dan menyatakan hasrat untuk minum.
 
Rakaman titah baginda dimuat naik di laman sosial dan mendapat pujian daripada netizen yang menganggap aksi Agong adalah tindakan spontan dan comel.
 
Netizen nyata berbangga mempunyai Agong yang berjiwa rakyat dan bersikap spontan ketika membuka botol air minuman sendiri pada perasmian pembukaan mesyuarat Parlimen, pagi ini.
 
 

Tiada ulasan: