HALAMAN SANTAI

Rabu, 8 Mac 2017

Pembangkang sedia lantik wanita jadi PM pertama Malaysia selepas PRU14

Post Pic


 ANTARAPOS.COM


KUALA LUMPUR: Pembangkang berkata parti itu tidak akan menunggu sehingga tahun 2050 untuk mengangkat kaum wanita menjadi perdana menteri Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Siew Fook, pembangkang bersedia untuk berbuat demikian selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami (pembangkang) bersedia untuk menyokong Permatang Pauh (Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai perdana menteri jika mendapat mandat.

"Tidak perlu tunggu 2050," kata Ahli Parlimen Seremban ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.
 
Loke berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengharapkan Malaysia bakal memiliki perdana menteri wanita yang pertama menjelang tahun 2050.

Khairy dilaporkan berkata demikian dalam mesej sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.

Malah beliau mengharapkan untuk melihat speaker wanita untuk Parlimen juga, seperti mana kerajaan negeri Selangor melantik seorang wanita sebagai speaker dewan undangan negerinya.




Tiada ulasan: