HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Mac 2017

Apa MCA dan Gerakan tunggu, soal Guan Eng

 Farhan Darwis

“Mengapa mereka bertahan lagi?” Soal Lim ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini tidak menolak kemungkinan PAS dan Umno akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Parlimen Bagan itu turut membangkitkan persoalan  nasib yang bakal melanda parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, MIC dan MCA.

“PAS dan Umno ada kemungkinan untuk bertanding sekali dalam PRU akan datang, ini tidak mengejutkan kerana trend pada setahun lalu menunjukkan kerjasama antara PAS dan Umno.

“Jadi ini akhirnya dinyatakan oleh Perdana Menteri Najib Razak. Persoalan sekarang bagaimana pula dengan MIC, MCA, Gerakan, apa yang mereka tunggu lagi?

“Mengapa mereka bertahan lagi?” Soal Lim ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tambahnya, parti komponen BN itu sebelum ini pernah berkata mereka kata jika ada hint kerjasama antara Umno dan PAS mereka akan tinggalkan parti tersebut.

“Jadi apa yang mereka tungu lagi? Ini menunjukkan mereka hanya menjaga kepentingan jawatan dalam kementerian semata-mata,” kata Lim lagi.

Tiada ulasan: