HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mac 2017

BR1M: Mengapa kerajaan susahkan rakyat?

MALAYSIA DATELINE

Terpaksa mengerah keringat yang ada demi sekeping baucer BR1MTerpaksa mengerah keringat yang ada demi sekeping baucer BR1M

Pemuda Amanah Negeri Perak mempersoal tindakan kerajaan mengagihkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) secara manual dan dilihat dimanipulasi demi kepentingan politik.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak Muhammad Faeez Azahar berkata, pihak kerajaan boleh menyerahkannya melalui sistem pos seperti yang pernah dilaksanakan seperti ini.

"Pemberian berbaur politik ini telah menyebabkan seluruh rakyat menanggung beban berganda demi mendapatkan bantuan tersebut.

"Kami berharap sistem pemberian seperti ini dihentikan dan laksanakan pemberian yang lebih efisyen iaitu memasukkan terus bantuan itu ke dalam akaun penerima.

"Sistem seperti itu dapat mengelak daripada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan dan memudahkan masyarakat iaitu penerima BR1M," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Di Batu Gajah, demi mendapat 'manfaat' daripadanya, satu majlis diadakan untuk menyerahkan baucer bantuan tersebut.

Pembayaran BR1M diadakan di Dewan Datuk Wira Yusoff Kasim milik Umno BahagianPembayaran BR1M diadakan di Dewan Datuk Wira Yusoff Kasim milik Umno Bahagian

Hasil pemantauan Pemuda Amanah Perak katanya, majlis itu berlangsung dalam suasana kucar-kacir dan kecoh apabila pemberiannya dijalankan secara tidak bersistematik dan teratur. Ditambah lagi dengan bilangan yang hadir tidak mampu ditampung oleh bilangan urusetia yang bertugas.

Tidak kurang juga berlaku kekecohan apabila masing-masing berebut untuk mengambil baucer tersebut hingga ada yang pengsan akibat suasana yang kurang selesa. Ramai yang tidak mampu menahan kemarahan disebabkan sistem pemberian yang sangat mengecewakan.

Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Yusoff Kassim mengagihkan baucer kepada orang ramai yang bersesak sesakKetua Umno Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Yusoff Kassim mengagihkan baucer kepada orang ramai yang bersesak sesak

Golongan warga emas dan kurang upaya terpaksa berpanas berjam-jam hanya untuk mendapatkan baucer tersebut. Suasana di majlis itu juga tidak ubah seperti pasar malam disebabkan tindakan tidak profesional pihak penganjur.

"Tindakan ini membuktikan Barisan Nasional terdesak untuk meraih sokongan masyarakat sehingga sanggup memanipulasi pemberian kerajaan untuk kepentingan politik.

"Kami juga berharap, kaedah pemberian seperti ini tidak dijalankan di tempat-tempat lain kerana ia telah membebankan penerima dan mewujudkan suasana yang tidak baik," katanya.

Apabila sistem bercelaru penerima BR1M terpaksa cari sendiri baucer masing masingApabila sistem bercelaru penerima BR1M terpaksa cari sendiri baucer masing masing

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan pembayaran BR1M secara manual.

Beliau berkata, kaedah tersebut sebenarnya lebih mudah dan cepat selain peluang rakyat menemui pemimpin untuk meminta pertolongan.

Beliau berkata pembayaran BR1M secara manual wajar dijadikan program pemimpin turun padang dan disertai sama wakil-wakil rayat serta ketua-ketua jabatan peringkat negeri.

Tiada ulasan: