HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Mac 2017

DAP: Muhyiddin, bukan PAS perlu nyatakan pendirian BERSATU

MALAYSIAKINI



Kebanyakan pemimpin DAP memilih untuk kekal membisu berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) 1965.

Mereka yang dihubungi Malaysiakini memilih untuk tidak mengulas sama ada ini boleh menjejaskan hubungan DAP-BERSATU.

Ketika ditemui di lobi Parlimen petang ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke berkata Muhyiddin perlu menyatakan pendirian parti itu mengenai isu kontroversi berkenaan.

"Pendirian BERSATU perlu dijawab oleh Muhiddyin, bukan oleh Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu bagi pihak BERSATU," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi penyokong Muhyiddin sejak hujung minggu lalu dan masih menunggu jawapan mereka.Tuan Ibrahim mendakwa Muhyiddin pada dasarnya, bersetuju dengan pindaan itu semasa bermesyuarat dengan PAS.

Tiada ulasan: