HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Mac 2017

Debat Dr M-Nazri: Dr M tidak perlu hadir

Berita Daily Staff

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir Mohamad perlu buktikan kepada rakyat yang kedaulatan undang-undang harus dihormati

KUALA LUMPUR: “Dr Mahathir Mohamad tidak perlu ikut gerak langkah bodoh serta samseng penyangak Nazri Aziz untuk tetap hadir program debat walaupun pihak polis menolak kelulusan permit,” kata Khairuddin Abu Hassan, bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan.

“Penyangak Nazri Aziz adalah menteri kanan kabinet Malaysia yang tidak tahu menghormati undang-undang!! Ini kah contoh budaya samseng yang ingin dipamerkan oleh pemimpin Umno?” soal Khairuddin, dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Sebagai warganegara Malaysia, keseluruhan rakyat mesti patuhi pada undang-undang tanpa kira apa status kita. Penyangak Nazri Aziz ingat negara ini milik beliau ke?” katanya lagi.

Pihak polis Perak hari ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perbahasan itu setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq menerima permohonan itu daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf pada 3 petang semalam mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Bagaimanapun, Nazri tekad untuk hadir ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kangsar Sabtu ini. Beliau turut mempelawa Mahathir supaya menghadiri ke debat tersebut.

Dalam pada itu, Khairuddin turut menyelar Nazri kerana sikap menteri pelancongan itu yang mengeluarkan kenyataan seakan-akan “Malaysia sebuah negara koboi.”

“Tiada undang-undang ataupun undang-undang ala rimba? Sejujurnya, saya ingin menasihati Tun M agar tidak melayan budaya samseng Nazri Aziz itu.”

Tambahnya, selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Mahathir, sebagai seorang pemimpin yang mentadbir negara selama 22 tahun sebagai perdana menteri, harus buktikan kepada rakyat yang undang-undang negara harus dihormati dalam apa jua situasi.

“Jangan sama sekali kita ikut rentak serta terperangkap dengan budaya samseng pemimpin-pemimpin Umno. Jangan sama sekali kita layan kerenah bodoh penyangak Nazri Aziz. Hakikatnya, Nazri Aziz bukan taraf Dr Mahathir pun.

“Kalau tak percaya cakap saya tolong bawa Nazri Aziz pergi ke hospital dan buat ‘scanning MRI’ pada kepalanya. Pasti dalam tempurung kepala hanya samada kosong ataupun ada sedikit saja otak lembu itupun di kepala lututnya,” sindir Khairuddin.

Tiada ulasan: