HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mac 2017

Doan masih anggap insiden pembunuhan adalah gurauan – Peguam


Muhammad Azizul Osman
-


Peguam kepada suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, S. Selvam bercakap kepada media di Kompleks Mahkamah Sepang, Sepang. foto FAREEZ FADZIL,
 
SEPANG – Peguam, S. Selvam yang dilantik keluarga suspek pertama Doan Thi Huong berkata, anak guamnya masih menganggap insiden yang berlaku pada 13 Februari lalu adalah gurauan semata-mata.

Menurut Selvam, tertuduh faham akan pertuduhan ke atasnya dan berkata dia tidak melakukannya.

“Adakah tertuduh masih menganggap insiden itu adalah gurauan? Anak guam saya masih anggap ini adalah gurauan semata-mata,” katanya di luar perkarangan Kompleks Mahkamah Sepang.

Doan yang merupakan suspek pertama dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kim Chol yang sebelum ini dikenali sebagai Kim Jong-nam, yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Tertuduh turut dituduh dibawah Seksyen 34 Kanun yang sama.

Doan dituduh bersama-sama Siti Aisyah kerana mengakibatkan kematian Kim Chol pada 13 Februari lalu di perkarangan balai balai berlepas klia2.

Laporan media sebelum menyebut, lelaki Korea Utara itu maut selepas kepalanya diserkup dengan cecair beracun yang dikenali sebagai agen saraf VX.

Menurut Selvam, anan guamnya dilihat tertekan dan keliru dengan pertuduhan berkenaan.

“Anak guam saya nampak tertekan, saya juga percaya dia tidak bersalah. Dalam kamar dia hanya kata dia tidak bersalah. Saya hanya boleh jumpa dia esok. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: