HALAMAN SANTAI

Sabtu, 4 Mac 2017

Halau Zakir Naik boleh cetus ketegangan agama, kata Ikram

MALAYSIA DATELINE

Dr Zakir NaikDr Zakir Naik


Pertubuhan IKRAM  Malaysia (Ikram) menyifatkan permohonan bagi menghalau atau menghalang Dr Zakir Naik daripada memasuki Malaysia sebagai tindakan bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan bersuara dan beragama.

Dr Mohd Parid Sheikh AhmadDr Mohd Parid Sheikh AhmadPresiden Ikram Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, tindakan ini juga boleh mencetuskan salah faham dan rasa tidak senang terutamanya dalam kalangan umat Islam.

"Ikram menyeru semua pihak berusaha
mengekalkan keharmonian kaum dan agama, saling hormat menghormati dan mengelakkan sebarang salah faham dan ketegangan.

"Sebarang salah faham harus diselesaikan melalui dialog dan perbincangan. Ikram bersedia untuk berdialog dengan semua pihak bagi merungkai perkara ini dengan sebaik-baiknya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, Ikram juga mengalu-alukan tindakan kerajaan membenarkan Zakir tinggal di negara ini jika benar penceramah agama dari India itu dilarang pulang ke negaranya sendiri.

"Sebagai sebuah negara yang berjiwa besar yang telah memberi perlindungan kepada pelbagai bangsa dan agama, Malaysia harus terus mengekalkan sikap tersebut," katanya.

Zakir ialah Presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang berpusat di Mumbai, India dan pengasas kepada saluran television “Peace TV” yang memberi fokus kepada perbandingan agama (Comparative Religion) dengan jumlah penonton mencecah lebih 100 juta orang.

Rabu lalu, Zakir berhadapan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara

Tiada ulasan: