HALAMAN SANTAI

Khamis, 23 Mac 2017

Harga petrol, diesel diumum setiap Rabu mulai 29 Mac

ANTARAPOS.COM
Post Pic


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan harga siling mingguan bagi minyak petrol dan diesel bermula 29 Mac depan, yang berkuat kuasa serta merta pada jam 12.01 tengah malam keesokannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membolehkan trend harga runcit yang lebih stabil berbanding harga siling bulanan yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, trend itu dapat dicapai berikutan kerajaan dapat mengelakkan perubahan ketara kepada harga runcit petrol dan diesel berbanding pengiraan secara bulanan kerana tempoh pengiraan bagi harga siling yang lebih pendek, selain perubahan berperingkat.

"Kita (KPDNKK) sudah berbincang dengan beberapa pihak berkepentingan, pengusaha stesen minyak dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan untuk melaksanakan inisiatif baharu ini.

"Hasil perbincangan berkenaan, kita sudah bentangkan kepada Jemaah Menteri, dan 22 Februari lalu dipersetujui untuk mengumumkan harga petrol dan diesel secara mingguan.

"Ia membolehkan juga sebarang perubahan harga dan kadar tukaran asing dapat diterjemahkan lebih tepat mengikut pasaran global," katanya menerusi segmen khas berita jam 5 petang, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), sebentar tadi

Tiada ulasan: