HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mac 2017

Hindraf ajak minum teh tapi tiada simpati untuk Zakir Naik

 
Gerakan Hindu mengajak PAS, Ikram, Perkasa dan mufti Perlis minum teh bersama mereka sambil berbincang mengenai Zakir Naik 23 Mac ini


waytha-zakir-3


PETALING JAYA: Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) mengajak mufti Perlis dan presiden PAS, antara pengkritiknya, minum teh sambil berbincang mengenai Zakir Naik 23 Mac ini.

Pengerusi P Waytha Moorthy dalam surat terbukanya turut memanjangkan undangan kepada presiden Perkasa dan Pertubuhan Ikram Malaysia, yang turut mengkritik tindakan 19 pihak menyaman kerajaan Malaysia kerana mengalu-alukan pendakwah kontroversi itu ke negara ini.

Waytha berkata mufti Perlis, yang merupakan penasihat kepada Sultan Perlis dan kerajaan negeri, turut melancarkan “kecaman berbaur fitnah jenayah” terhadapnya dan Hindraf tanpa asas dan tanpa memahami tindakan undang-undang itu.

Waytha berkata pasukan undang-undangnya akan turut bersama perbincangan untuk bertemu mereka yang mengeluarkan kenyataan “mengelirukan” dan menghampiri hasutan apabila menganginkan Hindraf dan 18 plaintif lain dalam saman itu “mencabar dan menghina agama Islam”.

“Perenggan 1 dalam rayuan kami secara jelas menyatakan…saman itu tidak berniat untuk mencabar dan/atau menghina agama Islam atau mana-mana orang.

“Kami membangkitkan isu keselamatan nasional yang sah di mana seorang individu asing yang tidak diingini Zakir Naik dibenarkan bergerak bebas dan dipromosikan secara bebas daripada hukuman.”

Beliau berkata keadaan itu boleh memberi kesan buruk ke atas kehidupan harmoni di negara ini.

Beliau berkata saman dibuat lantaran “kebisuan” kerajaan ketika ditanya mengenai ancaman Zakir Naik kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam, seperti yang ditanya dalam surat plaintif kepada perdana menteri, timbalannya dan ketua polis negara.

Mereka turut meminta kerajaan menjawab sama ada pendakwah itu diberikan status penduduk tetap.

“Tiada siapa boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Zakir Naik tidak boleh dikecualikan semata-mata dia seorang pendakwah terkemuka lagi dihormati oleh mereka yang tidak nampak agenda dia mempromosikan kebencian dan ketenteraman awam di Malaysia dalam bahaya.

“Dakwaan pembabitannya dalam aktiviti berkaitan pengganas diabaikan begitu sahaja.

“Ancaman terhadap keselamatan negara sangat jelas dan nyata, seperti yang orang ramai maklum, dengan tangkapan ahli IS melibatkan orang tempatan dan asing di Malaysia.”

Hindraf juga akan menjemput timbalan perdana menteri dan ketua polis negara ke perbincangan itu kerana mereka akan boleh menjelaskan mengapa Malaysia menerima pendakwah itu.

Pertemuan akan diadakan pada 6.30 petang 23 Mac di Menara Sentral Vista, Kuala Lumpur.

“Kamu akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai untuk semua pihak. Kami amat menghargai sekiranya mereka menghubungi 018-250 6156 untuk mengesahkan kehadiran,” menurut surat itu.

Tiada ulasan: