HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

‘Jangan nilai Madinah hanya kerana suaminya penyokong PM’


Tan Sri Madinah Mohamad, yang bakal menjadi Ketua Audit Negara yang baru tidak seharusnya dinilai berdasarkan kesetiaan suaminya Datuk Rizuan Abdul Hamid kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata ahli parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw.

Tan, yang juga adalah timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), mengulas kenyataan Ridzuan, yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Kepong, pada tahun 2015 yang menyatakan kesediaannya "mati" untuk Najib.

"Mereka adalah dua individu berbeza. Dia tidak harus dinilai dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya. Kamu perlu tujukan (isu itu) kepada suaminya.

"Kamu juga (seorang) wanita, jangan memandang rendah terhadap wanita. Kamu harus memberi kepada wanita, kamu harus menyatakan sesuatu yang baik tentang wanita.

"Itu (adalah apa yang diperkatakan oleh) suaminya,” " kata ahli parlimen Kepong itu kepada Malaysiakini.

Tidak lama selepas kerajaan mengumumkan pelantikan Madinah sebagai Ketua Audit Negara, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mempersoalkan jika beliau mampu bertindak secara bebas memandangkan suaminya adalah ahli Umno dan penyokong tegar Najib.

Tan juga mempertahankan kemampuan Madinah dalam menerajui Jabatan Audit Negara walaupun tidak mempunyai latar belakang kewangan.

"Saya tidak melihat perkara itu daripada perspektif ini. Beliau mempunyai seluruh pasukan pakar audit untuk menyokongnya. Ia adalahtentang bagaimana dia menggunakan pakar-pakar ini.

"Saya hanya melihat bagaimana kecekapan dan keberkesanannya dan akan menilai berdasarkan pandangan beliau," katanya.

Tan berkata Madinah harus dinilai berdasarkan rekod ketika beliau berkhidmat sebagai ketua setiausaha di Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi.

"(Siapa tahu) beliau mungkin lebih baik daripada (Ketua Audit Negara) Tan Sri Amrin (Buang), atau lebih teruk daripadanya," katanya.

Tan berharap Madinah boleh meningkatkan sistem audit awam negara dan maematuhi piawaian standard antarabangsa.

Madinah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Sains Politik, Sarjana Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Manakala, Ambrin yang menerajui Jabatan Audit sejak Feb 2002, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

Tiada ulasan: