HALAMAN SANTAI

Isnin, 6 Mac 2017

Kang Chol persoal pengusiran beliau

Muhammad Azizul Osman
 
Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol bercakap kepada media tempatan dan antrabangsa selepas diusir keluar oleh Kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL,

SEPANG – Duta Besar Korea Utara yang diusir Kang Chol mempersoal tindakan Malaysia yang bertindak mengusir beliau keluar dari negara in dalam tempoh 48 jam.

Menurutnya, tindalan yang dibuat terhadapnya pasti akan mengeruhkan keadaan dalam hubungan antara kedua-dua negara.

“Kenyataan yang dibuat hari ini adalah adalah untuk menunjukkan pendirian negara ini atas penyiasatan polis terhadap siasatan autopsi tanpa pengetahuan Korea Utara. Kemudian menahan rakyat Korea Utara tanpa bukti yang kukuh.

“Saya melahirkan kebimbangan yang amat sangat tentang langkah drastik yang diambil oleh kerajaan Malaysia yang akan menjejaskan kesan yang buruk terhadap hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 40 tahun lalu,” katanya ketika memasuki pintu masuk balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.

Kang Chol dilihat bersama isteri dan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai cucunya tiba dan memasuki bilik khas di balai berlepas KLIA jam 4.50 petang.

Kang Chol diusir dari negara ini berikutan tindakan kedutaan itu yang enggan memohon maaf secara bertulis berikutan dakwaan negatif yang dibuatnya terhadap Malaysia sebelum ini.

Kang Chol diberikan masa 48 jam sejak Sabtu untuk keluar daripada negara ini selepas gagal menghadirkan diri di Wisma Putra dan membuat permohonan maaf secara bertulis kepada kerajaan Malaysia.

Ia berikutan kegagalan beliau menghadirkan diri di Kementerian Luar pada Jumaat.

Kegagalan Kang Chol menghadirkan diri di Wisma Putra menyebabkan kerajaan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai Persona Non Grata yang bermaksud ‘Orang yang Tidak Dihargai’.

  • Seseorang yang diisytiharkan sedemikian dilarang memasuki atau terus berada di sesebuah negara. – MalaysiaGazette.

Tiada ulasan: