HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Mac 2017

KDN larang pegawai kedutaan Korea Utara tinggalkan Malaysia

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan arahan melarang pegawai atau kakitangan di Kedutaan Korea Utara daripada meninggalkan negara ini serta merta. 
 
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah sebagai tindak balas terhadap arahan yang dikeluarkan oleh negara berkenaan yang melarang pegawai di kedutaan Malaysia meninggalkan negara itu.
 
"Kita tidak berhasrat untuk melakukan tindak balas tetapi inilah yang harus dilakukan apabila negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melakukan tindakan di luar dari ketatasusilaan dan kezaliman diplomatik.
 
"Malaysia terpaksa mengambil tindakan yang sama kerana mereka telah memanipulasikan apa yang dipanggil sebagai kes pembunuhan yang dilakukan di klia2," katanya dalam sidang media di Parlimen sebentar tadi.
 
 

Tiada ulasan: