HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Mac 2017

Kefahaman Islam Asiah Jalil Sama Dengan Siti Kassim ?



asiah

Asiah Abd Jalil kakak kepada Ali Abd Jalil, seorang lelaki yang melarikan diri ke luar negara kerana dikehendaki polis berhubung cita-cita mahu menghapuskan raja-raja Melayu di Melaysia membuat analisis persamaan dan perbezaan antara adiknya dengan pendakwah Dr Zakir Naik.


Analisis itu dibuat sebagai justifikasi kenapa dia bersama 18 individu lain yang majoritinya bukan Islam telah menggunakan kuasa mahkamah untuk menghalau Dr Zakir datang ke Malaysia.

Hujah Asiah seperti berikut :
Ramai yang bertanya saya tentang Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik. Kedua-dua individu ini terpalit isu berkaitan freedom of speech dan memohon perlindungan dari negara luar.
Persamaan Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik ialah :-
1) Kedua-duanya mengamalkan freedom of speech dalam cara dan adab yang salah.
2) Kedua-duanya tidak diterima di negara asal dan terpaksa lari meninggalkan negara.
3) Kedua-duanya berhadapan tindakan mahkamah dalam kes jenayah.
Perbezaan Ali Abd Jalil dan Dr. Zakir Naik ialah :-
1) Ali memohon suaka politik dari kerajaan Sweden mengikut peruntukan undang-undang antarabangsa. Dr. Zakir Naik tidak pernah memohon apa-apa perlindungan politik dari kerajaan Malaysia. Alih-alih allegedly diberi taraf penduduk tetap.
2) Ali tidak pernah disyaki sebagai pengganas dan tidak pernah di-ban oleh mana-mana negara di dunia. Dr. Zakir Naik memiliki puluhan kertas siasatan peringkat antarabangsa yang masih aktif. Beliau telah di-ban oleh 6 negara setakat ini.
3) Perjuangan Ali untuk menghapuskan sistem monarki tidak pernah menyebabkan mana-mana individu terpengaruh untuk menjadi pengganas, suicide bomber, tentera perang, etc. Tetapi perjuangan dakwah Dr. Zakir Naik kononnya untuk mendaulatkan Islam telah mempengaruhi orang tertentu hingga mengakibatkan korban nyawa.
4) Kes jenayah terhadap Ali di bawah Akta Hasutan adalah jenayah di Malaysia, tetapi bukan jenayah di negara luar. Kes jenayah terhadap Dr. Zakir Naik di bawah undang-undang keganasan dan anti-money laundering adalah jenayah di semua negara di seluruh dunia.

siti

 

 

Tiada ulasan: