HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Mac 2017

Kerjasama Batal Kalau Muhyiddin Sokong RUU355 – Pakatan Harapan

Suara Kebenaran





Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat malam tadi memutuskan bahawa kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibatalkan sekiranya ahli parlimen tunggal parti itu yang juga Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkeras untuk menyokong RUU355 seperti yang diumumkan PAS semalam.

Dalam kenyataan yang sama, sementara Majlis Presiden Pakatan Harapan berpandangan Bersatu perlu menyokong RUU355 bagi mendapatkan kerjasama dengan PAS, tapi perlu juga diakui bahawa Pakatan Harapan jauh lebih penting dalam persediaan Bersatu untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.

Bersatu katanya lagi perlu membuat pilihan sama ada meneruskan perbincangan dengan PAS dan menyokong RUU355 atau bersama Pakatan Harapan, dalam masa yang sama menentang RUU355.

Kepercayaan tidak boleh membantu Bersatu dan Tan Sri Muhyiddin menang dalam pilihanraya tapi undi.
 Mana lebih penting, kelihatan lebih alim (dengan menyokong RUU355) tapi diakhirnya kalah pilihanraya atau kekal seperti mana sekarang tapi menang dalam pilihanraya?

Tun Mahathir selaku Pengerusi Bersatu telah dimaklumkan sebentar tadi dan beliau difahamkan akan mendapatkan penjelasan Tan Sri Muhyiddin mengenai perkara ini sebaik beliau pulang dari Australia.

 Dari mula pendirian Tun Mahathir ialah Bersatu perlu menentang RUU355 bersama Pakatan Harapan, entah kenapa Tan sri Muhyiddin ada pendirian yang berbeza pula.

Tiada ulasan: