HALAMAN SANTAI

Selasa, 7 Mac 2017

Kit Siang pendek akal - Tunku Aziz

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang disifatkan sebagai pendek akal apabila mengkritik kepemimpinan Menteri Besar Johor, berhubung siasatan kes penyelewengan hartanah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri itu.
 
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim juga menyifatkan kenyataan Kit Siang supaya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercuti disebabkan siasatan tersebut sebagai `tidak sesuai’.
 
Lebih-lebih lagi kata Tunku Abdul Aziz, kritikan itu dibuat ketika anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhadapan kes mahkamah berhubung skandal rasuah di negeri tadbirannya.
 
Berikutan itu, Tunku Abdul Aziz mencadangkan Kit Siang memainkan peranan sebagai bapa dan Penasihat DAP untuk menasihati Guan Eng supaya melepaskan jawatannya terlebih dahulu daripada sibuk mengambil tahu mengenai orang lain.
 
“Guan Eng telah didakwa di mahkamah, kes di Johor belum didakwa pun, masih peringkat siasatan. Tapi sampai hari ini (Guan Eng) masih tidak mahu letak jawatan, seolah-olah tiada orang lain nak ganti.
 
“Pembangkang memang dwistandard, bila orang lain buat tidak betul, kerajaan buat perkara baik pun tidak betul. Mereka pendek akal,” katanya dalam sidang akhbarnya semalam.
 
Baru-baru ini, tujuh lelaki termasuk anak dan pegawai khas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Abd. Latiff Bandi ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan penyelewengan hartanah termasuk menukar status rumah bumiputera kepada bukan bumiputera.
 
Berikutan itu, Abd. Latiff yang difahamkan telah disoal siasat oleh SPRM berhubung kes ber­kenaan telah membuat permohonan cuti ketika bertemu Mohamed Khaled untuk satu tempoh tertentu.
 
 

Tiada ulasan: