HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Mac 2017

Laporan siasatan PBB: Dakwaan Msia cabuli hak asasi manusia, jenayah perang

 MALAYSIA DATELINE
Datuk Raja Kamarul Bahrin ShahDatuk Raja Kamarul Bahrin ShahAhli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah sekali lagi menegaskan kepada kerajaan, Parti Amanah Negara (Amanah) tidak membuat tuduhan melulu  mengenai  penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas Yaman sebenarnya merujuk laporan siasatan PBB.

Beliau merujuk kepada kenyataan balas Kementerian Pertahanan Malaysia melalui kenyataan akhbar pada 4 Mac lalu, yang menafikan dakwaan yang di buat oleh pembangkang dalam sesi Parlimen.

"Malahan kenyataan tersebut menuduh kami "berniat jahat, tuduhan tidak berasas dan memburukkan Kementerian Pertahanan dan Malaysia." ujarnya.

Raja Baharin berkata, di atas tuduhan tersebut beliau sebagai Ahli Parlimen ingin memberi jawapan terperinci mengenai isu tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah berkata, pendedahannya itu bersandarkan kepada Laporan Rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan laporan media yang dirujuk seperti BBC, NGO Antarabangsa dan rakyat Malaysia yang terlibat.

Amanah katanya, mahukan kerajaan berterus terang mengenai sama ada wujud penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas Yaman.

"Parlimen patut di maklumkan fakta sebenarnya kerana Parlimen meluluskan bajet Kementerian dan rakyat mesti mengetahui penglibatan Malaysia kerana cukai yang mereka bayar membiayai bajet Negara," ujarnya yang mendakwa kerajaan mengelak daripada menjawab persoalan itu dalam beberapa sesi Parlimen diadakan.

Kenyataan penafian yang dibuat secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan.Kenyataan penafian yang dibuat secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan.
 Disiarkan kenyataan penuh Ahli Parlimen Kuala Terengganu:

Laporan oleh Panel Pakar Ehwal Yamantelah di kemukakan kepada Presiden Security Council U.N.- (Jawatankuasa Keselamatan P.B.B.), pada 11 Januari 2017 dan di terima pakai oleh Jawatankuasa tersebut pada 27 Januari 2017, dimana penglibatan Malaysia di sebut beberapa kali dalam lapuran tersebut.

Malaysia tidak boleh mendakwa tidak mengetahui dan tidak mengiktirafkan lapuran Panel ini kerana Malaysia juga menjadi ahli Jawantankuasa P.B.B. tersebut. Ahli dan Panel Pakar yang menandatangani lapuran tersebut terdiri dari Ahmed Himmiche, Dakshinie Gunaratne, Gregory Johnsen dan Adrian Wilkenson.

Lapuran ini di edarkan kepada umum pada 31 Januari 2017. Kerajaan dan Mentri Pertahanan Malaysia tidak boleh menolak kesahihan dan pengetahuan lapuran ini. Penafian melalui Kenyataan Akhbar oleh Kementerian Pertahanan pada 3 Mac 2017 adalah cubaan menutup kebenaran penglibatan Malaysia di Yaman. Ini adalah perbuatan tidak bertanggung jawab menyeleweng fakta lapuran P.B.B.

Didalam Lapuran 242 muka oleh Panel Pakar Yaman kepada "Jawatankuasa Keselamantan PBB" bertarikh 31 Januari 2017 nama Negara Malaysia telah di sebut beberapa kali. Berikut di senaraikan bahagian bahagian yang berkenaan.

a) Muka surat 14/242 bahagian 2-30(a) - Pusat operasi udara di Riyadh-(20) Ketua Operasi bersama yang di ketuai Arab Saudi menyatakan Pegawai dari Peranchis, Malaysia dan United Kingdom bertempat di Ibu Pejabat Bersama (di Riyadh). Amerika Syarikat juga turut bersama memberi sokongan logistik dan aktiviti perisikan.

b) Perkara berkaitan- Muka surat 68/242 Surat menyurat dari Panel Pakar penyiasat Yaman- annexe 4. Table 4.1.....nama MALAYSIA di senaraikan sebagai negara di hubungi dalam soalan siasatan.

c) Hal berkait - muka surat 197/ 242- 3 (a)' Berkenaan dengan mereka yang terlibat dan bertanggung jawab dalam perancangan, memutuskan atau melaksanakan serangan udara ke atas Yaman.

d) Kesemua ahli Negara coalition dan sekutu mempunyai tanggung jawab di bawah Geneva Convention untuk memastikan kepatuhan pada I.H.L ( International Humanitarian Law ) oleh pasukan ahli sekutu di ketuai oleh Arab Saudi.

Secara umumnya lapuran menyebut serangan sekutu Arab Saudi telah menghalang penghantaran bekal perubatan dan makanan ke rakyat Yaman. Secara umumnya juga Lapuran Pakar Yaman ke PBB dan juga olih AFP menyatakam kerana kebanyakkan serangan sekutu Arab Saudi melibatkan sasaran awam saperti hospital serta dewan orang ramai yang mengorbankan kanak kanak serta orang awam, ia besar kemungkinan melibatkan perbuatan perang jenayah- "war crimes". Penglibatkan Malaysia di ibu pejabat Operasi Bersama di Jeddah dan penglibatan lain dengan sekutu Arab Saudi mempunyai implikasi besar Malaysia juga terlibat dengan pelangaran undang undang IHR- International Humans Rights dan juga jenayah perang.

Rakyat Malaysia ingin tahu apakah jawapan Kerajaan Malaysia pada. soalan dari PBB tentang penglibatan Malaysia dalam serangan keatas Yaman kerana implikasi terlibat jenayah perang amat besar

Penafian Menteri Pertahanan tentang penglibatan Malaysia dalam serangan ke atas Yaman adalah pembohongan nyata kerana dalam lapuran PBB menyebut Pegawai Ketua Operasi Bersama dari Arab Saudi telah menyebut penglibatan Malaysia bersama Amerika, Britain dan Peranchis dari ibu pejabat operasi di Riyadh.

Kami minta Kerajaan memberi  penjelasan penuh penglibatan Malaysia sebenarnya di Arab Saudi dalam serangan ke atas Yaman.

Kami juga menuntut Kerajaan memohon maaf kepada Rakyat Malaysia kerana penglibatan secara "rahsia" Malaysia di Yaman telah meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam bahaya di Yaman dan juga di Malaysia saperti terbukti dengan tangkapan beberapa militan Yaman yang ditangkap beberapa hari dahulu di negara ini. Penglibatan Malaysia terbukti telah mengundang kemarahan militan Yaman yang dahulunya tidak ujud di Malaysia.

[

Tiada ulasan: