HALAMAN SANTAI

Selasa, 14 Mac 2017

Malaysia akan usir 50 pekerja Korea Utara

 
Hanya pekerja dengan visa yang sah saja dibenarkan terus tinggal di Sarawak
DEWAN RAKYAT
 
 
zahid-north-korea


KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengusir 50 warga Korea Utara yang tinggal lebih masa di Sarawak ke negara asal mereka, kata timbalan perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, terdapat 315 warga Korea Utara di Sarawak dan 50 daripada mereka didakwa tinggal lebih masa.

“Kita akan hantar mereka yang tinggal melebihi tempoh visa.

“Hanya pekerja dengan visa yang sah saja dibenarkan terus tinggal di Sarawak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab kenyataannya semalam di mana kerajaan akan membuat keputusan hari ini, untuk menahan atau mengusir pekerja dari Korea Utara yang sudah tamat permit kerja di Sarawak baru-baru ini.

Beliau juga memberi jaminan tindakan diambil ke atas warga Korea Utara ini akan dilakukan secara rasional dari segi hubungan diplomatik.

Warga Korea Utara di Sarawak kebanyakannya adalah pekerja yang bekerja di lombong arang batu dan projek hidro.

“Akta Imigresen Sarawak berbeza dengan semenanjung, jadi kita akan mengadakan rundingan dengan ketua menteri Sarawak berhubung kes ini, hari ini.”

Isu pekerja dari Korea Utara menjadi perhatian selepas ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara, selepas pembunuhan Kim Jong nam, abang sebapa Kim Jong Un.

Ditanya bilakah 50 orang itu akan diusir, beliau berkata mereka sekarang ditahan di bawah depot tahanan sementara di Sarawak.

Zahid menambah bagi 191 warga Korea Utara tinggal di Malaysia di bawah program Malaysia My Second Home(MM2H) akan terus dibenarkan tinggal di Malaysia.

Tiada ulasan: