HALAMAN SANTAI

Selasa, 21 Mac 2017

Malaysia ‘negara polis’, kata Nazri

 Shawaliah Hadir

Terdahulu, Nazri nekad untuk hadir ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kangsar pada Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mohamed Nazri Aziz melambangkan Malaysia sebagai ‘negara polis’ susulan penolakan oleh pihak polis perbahasan antara beliau dengan Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mac ini.

“Saya dukacita, rasa terganggu sebab ini bukan police state (negara polis), ini Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan saya dengan Tun bukanlah orang yang boleh menghasut untuk melakukan pergaduhan,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

“Saya seorang Menteri, saya bukan pembangkang untuk menghasut. Dan Tun adalah bekas PM, apa perkara yang tak diingini itu yang dikatakan akan berlaku?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar ketika ditemui wartawan juga mendakwa tindakan polis bercanggah dengan kebenaran yang diberikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini.

“Saya fikir tindakan polis ini satu yang tidak wajar kerana Kementerian Dalam Negeri sudah beri laluan dan kebenaran untuk debat diadakan. Ada pun alasan tempoh permohonan tidak mencukupi, ia hanya memerlukan budi-bicara kepada pihak polis, terutama Polis Perak,” kata beliau.

Dua hari yang lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed dimaklumkan telah membenarkan debat itu diadakan.

Terdahulu, Nazri nekad untuk hadir ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kangsar pada Sabtu ini.

Beliau yang kecewa dengan keputusan tersebut juga berharap Dr M akan hadir pada masa yang ditetapkan.

“Saya akan teruskan. Saya harap Tun m pada 25 Mac datang sahaja. Saya akan datang. Saya akan pergi 25 dan akan datang

“Saya minta Sinar Harian sebagai hos teruskan lagi. Apa pun saya minta Dr Mdan saya akan datang di tempat sama,”

Dilaporkan pihak polis menolak permohonan penganjur bagi perbahasan itu diadakan setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Katanya, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq menerima permohonan itu daripada seorang wakil penganjur dari Kumpulan Media Karangkraf pada 3 petang semalam mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012

Tiada ulasan: