HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 Mac 2017

MCA harap persahabatan komponen parti dengan BN kekal

 Shawaliah Hadir

Parti itu harap kandungan draf yang ingin dibentangkan oleh kerajaan mengambil kira masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum

KUALA LUMPUR: MCA harap pertalian semua rakan komponen dengan Barisan Nasional (BN) akan terus berkenalan, demikian kata Timbalan Presiden parti itu Wee Ka Siong.

Jelasnya ini kerana semua parti komponen menjadi penyumbang kepada kekuatan BN khususnya dua buah negeri di Borneo.

“Apa yang lebih penting persahabatan sesama BN perlu kita kekalkan kerana itulah yang menjamin kesejahteraan dan keutuhan BN termasuk dari Sabah dan sarawak,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen.

Beliau terdahulu diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi 17 Mac yang lalu bahawa BN rela kehilangan segelintir ‘rakan’ demi bersama dengan ‘rakan baru’ yang dulunya merupakan musuh politik parti itu.

Zahid berkata demikian selepas mengesahkan keputusan kerajaan untuk membentangkan sendiri pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dalam sidang Parlimen kali ini.

Mengulas lanjut menurut Wee lagi, kandungan draf RUU tersebut akan mengambil kira rakyat Islam dan bukan Islam bagi mengelakkan keharmonian dalam negara terjejas kelak.

“Pandangan dari semua pihak perlu diambil kira dalam hal ini kerana masyarakat Malaysia masyarakat majmuk.

“Setiap perkara perlu diperhalusi supaya tidak mendatangkan kesan kepada mana-mana pihak itu adalah satu petua yang digunakan untuk kita mengharmonikan masyarakat Malaysia.

“Kita tidak boleh buat sebarang andaian terhadap apa yang kita fikirkan. Lebih elok kita tengok kandungan itu dan kita akan berhadapan dengan sebarang. Dugaan dan pandangan yang mungkin berbeza,” jelasnya.

Tiada ulasan: