HALAMAN SANTAI

Isnin, 13 Mac 2017

193 warga Korea Utara ikut 'Malaysia Rumah Keduaku'

ANTARAPOS.COM
Post Pic
  
TAWAU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan masih terdapat 315 warganegara Korea Utara tinggal di Malaysia sejak 2014.
Daripada jumlah itu, seramai 193 orang memilih tinggal di Malaysia sejak tiga tahun lalu kerana mengikuti program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) anjuran Kementerian Pelancongan, lapor The Sun.
Selebihnya adalah pelajar dan pihak yang bekerja di negara ini.
Memetik statistik Jabatan Imigresen, Zahid berkata terdapat 2,453 warga Korea Utara pernah tinggal di negara ini sejak 2014.
Daripada jumlah itu, 801 orang mendapat permit kerja sementara, 11 orang pelajar dan 180 orang pelombong di Sarawak.
“Bagaimanapun, rekod menunjukkan seramai 315 orang masih kekal di Malaysia dan selebihnya pulang ke tanah air,” Zahid dilapor sebagai berkata ketika melancarkan sebuah karnival di Tawau, Sabah, semalam.
Zahid juga memberi jaminan kesemua mereka dipantau secara khusus.

Tiada ulasan: