HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Mac 2017

Nasib 34 Keluarga Kg Kerinchi: PKR Tidak Harus Dipersalahkan

Suara Kebenaran




Kerajaan persekutuan perlu segera mencari penyelesaian ke atas nasib 34 keluarga asal flat Kg Kerinchi yang tersisih dari mendapat rumah baru di Residensi Kerinchi, menurut seorang pemimpin PKR Lembah Pantai.

Ini setelah Mahkamah menolak permohonan mereka membantah pembangunan disitu Disember lepas.

Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah Tengku Adenan perlu bertanggungjawab ke atas nasib semua keluarga terbabit yang dikhabarkan masih menyewa rumah setelah menolak penempatan di Residensi Kerinchi pada tahun 2012.

PKR tidak boleh dipersalahkan dalam hal 34 keluarga tidak mendapat rumah tersebut kerana yang buat keputusan untuk menyaman itu ialah mereka sendiri, PKR hanya diminta membantu.

Tidak adil bila semua pihak menyalahkan PKR terutama Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar atas insiden ini.  Nurul Izzah sekadar membantu setakat termampu dan bila Mahkamah sudah membuat keputusan, tidak ada apa lagi yang boleh beliau lakukan.

Sebagai ahli parlimen parti pembangkang, Nurul Izzah mempunyai kemampuan yang terhad untuk membantu semua 34 keluarga yang terlibat.  Boleh bantu setakat mana boleh sajalah, nak bantu semua sekali mana terdaya.

Tiada ulasan: