HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mac 2017

Pas akan kembali ke pangkuan PH sebelum PRU-14 – Tian Chua

Radzuan Hassan
Tian Chua

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) masih memerlukan Pas, kata Tian Chua.

Itu analisis politik Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu itu yakin Pas akan kembali ke pangkuan PH pada saat-saat akhir pilihan raya umum kelak.

“Buat masa ini, krisis yang berlaku antara DAP dan Pas semata-mata untuk menjaga maruah masing-masing.

“Daripada segi realitinya, PH masih perlukan Pas sekiranya mahu benar-benar memberi tentangan kepada BN,” kata Tian Chua seperti dilaporkan China Press dan portal AIDC hari ini.

Menurutnya, faktor kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga menyebabkan ego Parti Amanah Negara (PAN) akan tercabar dan ia juga merupakan penyumbang penyertaan semula Pas ke dalam PH.

Ketika itu, ramalnya, PAN akan meminta pertolongan Pas untuk memperkukuhkan kedudukannya bagi menyaingi kekuatan PPBM.

“Sebelum ini, DAP dan PAN yakin dengan kemampuan mereka untuk menggugat kekuatan Pas tetapi selepas PPBM ditubuhkan, kekuatan PAN agak terjejas dan harapan mereka untuk menggantikan Pas boleh dikatakan sudah tertutup.

“PAN ketika ini perlu membahagi-bahagikan kerusi mereka dengan PPBM. Oleh itu, tidaklah mustahil PAN barangkali akan bekerjasama semula dengan Pas,” kata Tian Chua.

Bagaimanapun, sekiranya melihat kepada pertelagahan antara pemimpin Pas dan PAN terutama Datuk Husam Musa dengan kerajaan Kelantan dan pemimpin Pas dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad ia agak sukar mereka kembali bertaut semula.-MalaysiaGazette


Tiada ulasan: