HALAMAN SANTAI

Khamis, 2 Mac 2017

Peguam hak asasi tak setuju perintah tangkap Zakir Naik

MALAYSIAKINI


Peguam hak asasi, Syahredzan Johan tidak setuju dengan tindakan sekumpulan aktivis yang memfailkan tuntutan mahkamah memohon perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah terkenal Zakir Naik.

Beliau berkata, walaupun beberapa individu yang memfailkan saman itu adalah rakan-rakannya dan malah mengucapkan selamat maju jaya kepada peguam Siti Kasim yang adalah antara plaintif kes berkenaan, beliau berpendapat bahawa sebarang tindakan seumpama itu bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara.

"Saya berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat - kita tidak boleh menghalang seseorang hanya kerana kita tidak suka apa yang dia kata," kata Syahredzan dalam Facebook hari ini.

Syahredzan Johan
7 jam yang lalu
Some of the people who filed the Zakir Naik suit are my friends. I even met Siti Kasim in Court after the filing and said good luck to her.
But I hold on to the principle of freedom of speech and expression - we should not stop a person just because we do not like what he says.
Yes if it turns out that in this country Zakir Naik has indeed spread hate and broken our laws, then action should be taken. But not before. Not through 'preventive action'.
... Lihat Lagi

Beliau berkata, sebarang tindakan terhadap Zakir hanya boleh dilakukan jika beliau melanggar undang-undang.

"Betul, jika sememangnya di negara ini Zakir menyebarkan kebencian dan melanggar undang-undang negara, maka tindakan perlu diambil. Tetapi bukannya sebelum itu."

Tambahan pula, Syahredzan melihat persamaan dalam permohonan plaintif untuk mengisytiharkan Zakir sebagai ancaman "keselamatan negara" sebagai cubaan untuk mewajarkan tindakan pencegahan
terhadapnya, seperti yang dilakukan oleh kerajaan yang mahu lebih banyak undang-undang yang mengekang.

"Dan 'keselamatan negara' adalah hujah yang sama yang diberikan oleh kerajaan untuk menyekat kebebasan bercakap dan bersuara selama ini," keluhnya.

Semalam, selain memfailkan tuntutan mahkamah menuntut perintah penangkapan dan pengusiran Zakir, kumpulan aktivis itu juga memohon pembatalan pendakwah itu sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia.

Saman itu difailkan oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan: